Wednesday, July 11, 2007

Siapakah yang patut dipersalahkan?

One of the things that irritates me is to see kids dengan selambanya naik motor. These kids blatantly bawak motor with no helmet and from their sizes, I can bet that some of them are still in their primaries.

Budak2 secondary school, malah SPM leavers pun ramai yg bawak motor especially dalam kawasan Taman Perumahan. And yang Helena sakit hati, they are very aggresive on the road, bawak laju, konar baring and agaknya they think that kepala mereka kepala batu kut. No helmets.

Budak2 perempuan pun sama, ada sekali I honked these 2 teenagers yang bawak motor terhoyong hayang sebab sambil bawak motor tgh dok smsing, budak2 bertudung (no helmet) ni actually gave me tunjuk isyarat lucah pada I. If I was in such in a hurry, I would have followed them home.

Salah siapa?

Pada Helena, salah IBU BAPA. Tak ambil kisah pasal anak dan apa yg dia buat. Dan mereka lupa, perkara2 begini endangers the society. Menbahayakan road users yang lain.

Kenapa bagi motor kat anak kalau takde lesen?

Kalau ye pun ada lesen, bila anak keluar tu, kenapa tak tengok whether they are following the rules? (Assuming budak2 ni still below 20)

I asked a friend, kenapa dia beri kunci motor pada anak lelakinya yg baru Form 1 tu? Senang aje jawabnya.... sebab nak mintak tolong pergi belikan barang kat kedai. Habis tu, apa guna perdana yg parked kat rumah tu? Apa guna kancil kat rumah tu? Adakan ini contoh emak pemalas? Adakah ini contoh emak lepas tangan? bapaknya pun tak reti nak jaga anak? Siap belikan motor utk anak yg umurnya 13 tahun?

Sorry if I'm a bit rough here, but I just dont get it.

Polis ni pun satu. Konon stumped dengan accidents yg meningkat every year. Cant they go to the root cause? Bilakah seseorang itu diperkenalkan pada kenderaan bermotor. Mostly, I would say at 13 la kut, sebab mak bapak bangang dah kasi motor bagai pada anak. And at that young age, the kids will learn to be irrespectful of the law. So benda ni dah embedded in them dari kecil lagi la. So bila dah dapat lesen, apa lagi, who cares about the law right? Thats not what their parents taught them.

Itu baru motor. Family yang senang sikit, belikan kereta. baru 15 tahun dah kasi anak bawak kereta pergi kedai. Hello? Lepas tu accident, pandai pulak bila buat report kata si ayahnya yg bawak. Elokla tu.

Mmm.... sorry tu say la, BODOH sebenarnya parents like these. I dont know what they are trying to prove.


Note : I dont normally use the word bodoh and bangang, but in this case......

46 comments:

McFlurry said...

I agreed 100%..

ADIEJIN said...

fuhh..takut Jin baca kali ni...tak psal pasal Jin kena tempias marah karang..cabuttttt...

Queen Of The House said...

Helena, I am totally TOTALLY against underaged kids riding motorbikes. Dah lah merbahayakan diri sendiri, merbahayakan orang lain sekali. And that was how I lost my youngest brother back in 1991 when he was 15 - jatuh motor and ran over by a lorry. I will never buy a bike for my boys (heck, bicycle pun I tak beli lagi!)

Pootz in Boots said...

Memang Bodoh Tahap Gaban!!!! Patutnyer semua mak bapak yang bagi anak2 diorang bawak kereta/motor tanpa lesen ni, hukumannyer tarik jugak lesen2 diorang. Buat komuniti servis dengan mak2 bapak2 diorang sekali.... I can't agree with you more!!
p/s: how's the maid hunting?

NBK466 said...

Budak2 nie tak tau ker...even motorcyclist yg berlesen pun merupakan kes kemalangan yg mengakibatkan kematian paling tinggi kat M'sia ni.. Mak bapak yg senang2 'lepas'kan kunci kat anak2.. jgn dah terlibat dgn kemalangan meragut nyawa baru nak menangis...

D said...

heHe.. dah cool down belum ni? Kat UK ni, the rules are very strict. Parents have so much to answer to - kids below 12 can't cross the road on their own. Kalau kena tangkap, parents kena dakwa. Sama jugak dok rumah without adults - kalau neighbours prihatin (or busybody), telefon polis, parents kena dakwa. As I always say, Malaysia has a looooong way to go.

OndeOnde said...

wow d!
patutnya malaysia kena buat macam kat UK!

j@nggo said...

Helena...saya pernah buat survey penunggang motosikal pada waktu malam, lebih kurang 40% lampu belakang mereka tak berfungsi. Tak taulah samada disengajakan atau tidak. Dahlah pakai helmet hitam, pakai pulak baju/jeket hitam (sebab nak jadi 'cool'), kena pulak hujan langsung tak nak diorg. Diorang dah tak sayang nyawa kut...

MAMAMIA said...

Lepas geram nampak...

Sebab orang2 macam nilah, anak2 I tak dapat berbasikal kat our housing area without their Papa around. Nanti tak pasal2 anak kita yg kena.

Tapi ada jugak yg case curi2 naik, parents they all tak tahu. Pinjam motor kawan2, & selamba aje bawak laju2...

Dad of Four said...

You are absolutely right!

BTW you've been tagged! Check my blog!

mak andeh said...

Helena

Just two days ago I was caught in a crawl depan Tawakkal Hosp in Jalan Pahang. Then there was this Wira inching forward dangerously - far too close to my car. I jengok my rear window nak tengok sapa mangkok hayun ni and was surprised to see the driver, his head (with caps of course) hardly over the steering wheel.

My makcik-garang mode terus on, I kasi chan the car to inch next to me and I glared at them (well they cannot see my glare lah sebab I had my shades on).


I was shocked to see that these kids were hardly 15 years old and I rasa ada about 7 of them - boys and girls - berhimpit-himpit kat dalam tu.Giggling gedik2.


Masa tu lah I wished I had the Starkys & Hutch punya siren, jenis yang boleh terus letak atas bumbung kereta, and stopped the car.Cos I can bet my last dollar that those kids tak ada lesen.


Since tak boleh, what I did was to stay ahead of them ( jam dok crawling ni)and kejap-kejap tengok rear mirror. They got nervous sebab I sengaja perlahan kan kereta to stay ahead of them. So they konar tempat lain.


It frustrates me and I can see everyday when I send my son to school, these teenage motocyclist. Malam-malam pulak bawak girlfriend naik motor, no helmet, not lampu.


I warned my kids if I ever find them like that, I'll bash them up! :P


Eh sorry terpanjang pulak.

:-)

helena said...

hi mcflurry, thx for dropping by. Just bought mcflurry oreos for my girl yesterday. ;D

adiejin, ni mesti guilty ni.... hehe. were u one of them when u were younger? (not that u are now old.... hehe)

QOTH, wow, sorry to hear about yr brother. Such a tragic accident that was....

No bikes for the children? Do they know how to ride? My children ride their bikes only in my mom's compound, nasib baik kawasan besar. But then tak selalula mereka naik basikal....ye la... boring kut asyik kat situ aje. Zaryff is the only one who really loves to ride his bike. all have graduated to a 2 wheeler except for Puteri.

That reminds me, Zaryff's bike dah pancit. Need to have it pumped.

helena said...

pootz, you are definitely correct! Apa guna jadi mak bapak if benda macam ni takboleh pantau. If both parents are working pun, sorokla kunci tu.

maid? sigh.... the girl i chose decided not to come. agaknya takut baca papers pasal maids being abused kut. I have just chosen another one. So kena start from scratch balikla applicationnya... arrgghhhhh!!!!!!

helena said...

nbk.... selalunya macam tu la kan. Dah terkena baru nak menangis. Tapi yg lagi sedih is when the victim is an innocent victim, being at the wrong place at the wrong time.....

Teringat kes toddler yg meninggal kena langgar depan masjid by one of the rempit racers.....

helena said...

hi D.... yup malaysia does have along way to go. I still remember when I was in the US, we were about to relocate from New Orleans to Atlanta, while waiting for my dad to settle with the bags, I sat by the roadside, and this cop came with his horse nak tangkap I sebab tak pergi sekolah.... hehe.

Last2 I got a free ride on his horse.... best....

The rights of children memang betul2 diperjuangkan kat sana. Here, mmm....

Hey, I've come across quite a number of parents who let their children go back home from school to their empty house, makan sendiri, buat homework sendiri sampai their parents come back from work. This is the dilemma of working parents. Kesian dengan the kids.... but.....

helena said...

onde2.... lama lagi baru boleh implement tu... Malaysia kan around 10 yrs behind (or more)from UK and US.

helena said...

j@nggo, thx for dropping by. I am guilty of not wearing my seatbelt must of the time. (Now kalau tak pakai seatbelt rasa janggal sangat2) Reason is, taknak baju berkedut....

yup, we always think of safety last. Bila terkena, in my case, a treller bantai my car, baru la insaf.

helena said...

mamamia. Eh I didnt realize that I my entry ni macam entry lepas geram. Nothing trnspired this entry, its just that I'm being constantly irritated with the issue. Yela, tiap2 hari boleh nampak kan.

My kids main basikal in the house compound. Kalau keluar pun sampai depan gate aja, which banyak jugak space. There was once, I saw Anastassia riding away from the house. I panicked and nak kejar dia suruh dia balik. My mom who was outside said she gave her permission, sebab Anastassia dah besar. She rode kat the same road, maknanya I can see her from the gate, the distance to the end is 200 meters kut. I berdiri aje kat gate sampai dia balik.... tension gila.... itula sekali.... hehe

bab curi2 naik, parents tak tak, I put the blame on parents la. Kalau nak motor kawan, I blame on the kawan's parents. So basically parents la yang lalai dan/atau tak bertanggungjawab.

helena said...

dad of 4..... eh I've done the charity thingy..... wanted to tag u actually but I saw you were already tagged.... hehe.

helena said...

MA, what infuriates me is that they endangers other people's life. And menyusahkan orang lain. My neighbour was involved in an accident dgn one Form 3 boy. Biasalah bila buat police report, the father letak nama driver dia as the person involved in the accident. I ingat lepas tu takdela lagi budak tu bawak kereta. Aik.... bawak lagi. Mak bapak tak kisah, apa kita nak buat? My neighbour patah kaki takde kereta sebulan.

All the kids, esp the boys in this family mmg selalu bawak kereta at the age of 15, bawak motor from sekolah rendah. Budak2ni is the type yg dapat lesen aje terus the father belikan merc or a car with the same price.

IzzSofeAd said...

Amboi marahnyer....sabar2 Helena....Biasalah, di dunia nih kan Tuhan jadikan bermacam jenis manusia with bermacam2 perangai...ada yg pandai jaga anak, ada yg tak pandai jaga...tahu beranak ajer...
Kadang2 parents yg u sebut tuh ...sebenarnya tak tahu pun anak2 diorang tuh berpeleseran ngan motor. Ye lah sibuk kat office...ingat anak guna motor bapaknyer gi kedai ajer ...bila call Hp anak, semua ok. So mak bapak pun caya aje...Kita yg tengok nih yg sakit mata & hati...tapi nak buat cam mana?...

I pernah tegur budak2 underaged yg naik motor stail brutal pastuh buat2 willy plak depan keta I, U tau tak aper dia kata balik kat I? "gua punyer pasal la" terus pecut laju giler....

So..nak buat cam mana?? sabar ajerlah....

cikdinz said...

salah mak bapak. tak tau nak jaga anak. tak pandai jaga anak. tak ambik tau anak buat apa...
kengkadang mak bapak siap backing lagi kalu anak buat salah.

mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke atas lantai....

Fid said...

ms.helena
sokonggggggg...
mak bapa yg belikan anak bawah umur motor dan kereta itu hendak membuktikan kebodohan mereka semata2..konon sayang anak padahal tindakan macam nak bunuh anak..sorry to say....
btw, i dah belikan my baby 'motor' red in colour hahahahaaa..semalam baru terjun longkang(longkang kecil je) depan rumah hahahaa...itulah bawa motor tak tau nak tekan break!(tak de break pun)salah mummy juga sibuk nak buat mende lain anak dah meluncur laju...but so cute muka dia masa dia tertonggeng tu..macam tgh say 'oh mummy help me...'opss cerita kisah sendiri plak..

Kaklong said...

salam,

sokong pendpt sis 1000%

mmg sikap parent yg membantu membentuk perangai anak2 camtu terutama bab motorbike ni,

tak yah gi jauh, tgk aje kalau parent naik motor n terselit kat tgh or kat bakul tu anak kecil depa yg tak dipakaikan HELMET langsung!! saya terfikir, depa tak fikir ke kemalangan tu bila2 boleh berlaku? buatnya terjatuh atas jln raya n anak2 yg tak berhelmet tu terhentak kepala kat atas jalan, kuat pulak tu..tak ke lembik kepala anak tu..kalau meninggal terus tak pe, mmgla sedih, tp anak tu tak suffer sakit lama.

ni kalau ada masalah dlm tengkorak / kepala bagai, anak2 terlantar kat hospital, sapa yg susah? kan parent..mana nak byr bil hospital lagi, nak bergilir menjaga lagi, kan menyusahkan diri mereka juga..ngan budak tu tanggung sakit lagi..paling takut, budak tu cacat n tak leh bangun sampai mati, sapa yg susah balik?

bagus ngan cadangan community servis tu sbg hukuman. budak2 yg kena tahan tu, elok sangat antara hukumannya dibawak ziarah hospital wad org2 kemalangan motor, biar tgk sengsaranya pesakit2 tu, lagi satu, p bawak ke rumah2 mayat kat hospital tu, bagi tengok mayat2 mati sbb kemalangan rempit motor ni. biar demam seminggu tak pe, asalkan depa insaf. kalau tak insaf gak, mmg nak kena belasah cukup2..

ruby ahmad said...

Hi Helena,

I agree with you parents play an important role with the character building of their kids.

I ada kenal an Iraqi family. Dia suruh anak lelaki dia umur 14 tahun belajar memandu. Bila I tanya dia, dia cakap it is very important for them to learn young. (I understand them as they have the 'pelarian' mentality, so must be prepared at all times). But I tulis ni to confirm parents have a big role. Her son drove at 14 (illegally of course), but he obeyed all laws on the road.

Interesting you mentioned this: 'budak2 bertudung (no helmet) ni actually gave me tunjuk isyarat lucah pada I'. I am annoyed nowadays how budak2 tak hormat the fact dia pakai tudung and yet kelakuan tak senonoh. I think schools must stop making tudung a uniform. There is no honesty as I see it today. The other day, as I was walking, I saw a girl in short sleeve and tudung, my jaw dropped! Apan nak jadi with our society ni kan?

But back to road safety, I feel we have lost our touch as a caring society. Take care and cheers.

Kaklong said...

salam,

sis, boleh tak saya nak minta email add? ada personal thing nak cakap ni :D..boleh gak email kat saya widaad98@yahoo.com .tq

sherrina said...

alah kak helena....kecohlah pasal budak naik motor takde lesen lah, takde helmetlah, mak bapak bodohlah.

Oklah tu, try to look on the 'brighter' side....

1. kalau budak2 tu eksiden, doktor dan hospital dapat extra income.

2. Ubat2 di farmasi akan bertambah laku

3. Kalau nasib lebih 'baik', bilangan manusia tahap reject shop ni dapat dikurangkan atau lebih baik dihapuskan sama skali dari muka bumi ni. Tak le membesar jadi orang dewasa yang hampeh, kan.

4. Kedai repair motor bleh cari makan

5. Cikgu skolah tak pening kepala bila budak2 reject shop ni MC sebulan sebab eksiden atau lebih baik MC selamanya...

6. Kedai pajak gadai tersenyum girang sebab mak budak reject shop kene gadai barang kemas untuk cover perbelanjaan perubatan anak yg eksiden.

Tapi yang tak bestnya....

1. Kedai emas akan kurang income sebab mak budak reject shop tak lagi spend duit beli gelang sebab kene spend beli ubat anak eksiden

2. Driver bas skolah pun tak suka sebab nanti kurang budak yg dibawa ke sekolah, maknanya kurang yuran bas.

So.....kira 'oklah' tu kan budak2 ni merempit motor tak pakai helmet...ok what....wahahahaha...

helena said...

izz, itula masalahnya, gi kedai pun mana boleh naik motor kalau takde lesen.... hehe.

Helena kalau tengok budak2 bawak motor, if mereka belakang my car, mesti Helena tak kasi mereka potong.... hehe. Tapi kene pandai dont let them be so near, nanti tak pasal2 kete kita yg disodok nya.

Helena said...

cik dinz.... well some people would say.... buat anak pandai, jaga anak tak pandai.

Helena pernah come across budak2 dok racing kat Senawang.... mak oii.... macam pesta. Polis standby pun they all buat tak reti je.

helena said...

fid, hehe, anak i punya motor pun selalu "accident" dalam rumah tu.... hehe. Tapi sekarang ni since battery dia dah problem, so motor tu jalan slow la sangat... hehe.

helena said...

kak long, Helena taknak comment sangat pasal mak bapak bawak anak2 sampai 3-4 orang naik motor. Memang bahaya, mmg takut nak memikirkan nya if motor tu skidded. Akan tetapi dia orang ni Helena rasa terdesak, sebab hanya ada motor sebagai kenderaan.

Akan tetapi, bila dipikirkan balik, semua tu excuses jugak kan.... mm... entahlah. Kadang2 benda2 begini boleh dielakkan, tapi si bapak nak menyenangkan diri sendiri, tu la sbbnya satu rombongan naik motor....

helena said...

Hi Ruby,

Well I guess after what they have to go through, the Iraqis feel that they have to be prepared for whatever, eh? Yela, after having to be on their toes for so long just to be alive, what can i say?

I totally agree with you that the schools should stop making tudung a uniform. Although I understand the move, but then, this is what you'll get la. Budak2 bertudung doing lots of immoral acts, and doing so while bertudung. And afetr school hours, lagi teruk perangai mereka.

I'm currently working in the manufacturing line. The 1st annual dinner I attended, was really a shocker to me! (B4 i was in the banking industry)

In the factory, most of the workers would be the operators, young girls aged 17 - 20. These girls mostly bertudung. They look so sweet and bersopan santun.

Anuual Dinner time, most of them would get rid of their tudungs, datang with a spagetti string outfit or something similar that they rent from the bridal shop(with no brassiere I tell you) and they would really let their hair down. For that night. That one night.

Off and on I would see them during the weekends at Parkson or JJ, and they will be without their tudungs as well. I just dont understand it.

helena said...

kak long,

helena-zafyra@hotmail.com

Helena said...

sherrina, HAHA you really made me laugh on this monday morning la.... ye la kan. Peduli apakan they all tu. As long as they stay clear of my path. And my family's.

Few months ago, found out that a mat rempit who later bukak workshop to service and kasi power motor lots of mat rempit yang lain, passed away in a motor accident while doing his stunts. Mmmm....

Minahsongeh said...

I agree with you. Pernah once my brother terlanggar a 16 year old boy. My brother baru berhenti dekat simpang and was on first gear tiba ada this motor laju. Ter campak dalam longkang. Bapak dia datang marah2- we asked the father to bring anak dia ke hospital then ke balai polis. Bapaknya nak bawak sendiri. We found out he never reported the incident to the police. Anak dia tak ada lesen.
One more thing yang I tak suka bila nampak bapaknay pakai topi keledar tapi anak2 biarkan without. Everytime I nampak this scene dekat rumah I sure mulut I macam berteh jagung.

Once I nampak this guy squat and hold on belakang motor yang berjalan. Jalan keluar dari jalan jelatek. Kalau keta brake mengejut dah nyawa melayang.

©Opah De said...

Salam Helena. Salam perkenalan dari OD. I agree with you. Mak bapak yang biarkan anak-anak mereka buat hal macam ni, sebenarnya mereka ini terlalu sayangkan anak sampai tak sanggup nak tegur or tak sedar perangai anak di luar macam hantu or mereka memang bodoh? Ada bebudak yang di depan mak bapak, baik. Pijak semut pun tak mati. Tapi, kat belakang...
Yang menyedihkan, budak-budak ni naik motor laju-laju pada waktu Maghrib. Kalau OD masa kecik-kecik dulu, setengah jam sebelum Maghrib, mesti ada kat rumah. Kalau tidak, kena la selian kat belakang.
Dunia dah nak kiamat...

rose said...

Mereka Dan Keluarga Mereka yang harus dipersalahkan..kikikik..

Kak Lady said...

Helena...rasa-rasanya ibubapa yang perlu dipersalahkan...

Sebab bila berada di rumah...memang anak2 ni tanggungjawab ibubapa sepenuhnya...sebab dah depan mata...mestilah menegur mana yang tak betul. Kalau dibiarkan aje anak2 ni akan menjadi sukar untuk ditegur...

Memang kaklady pun geram kalau ade anak2 yang berpakaian sekolah, tak pakai helmet lagi...bawak motor pun tak ikut peraturan...dah tu kadang sepatutnya ketika itu mereka patut berada di sekolah...tu lah kalau anak2 diberikan terlalu manja...

Issykk!! akak pulak yang emosional...geram baca pasal bebudak ni...

kakLuna said...

ye ye, mmg ibu bapa la patut disalahkan sebab amik mudah smua perkara ni..kononnya supporting la sangat bagi kebebasan kat anak2 tanpa guidance.

maaf ckp la, kalau jenis2 mcm ni dok lalu lalang dpn umah saya (umah sy betul2 ngadap jalan besar) mmg sy doakan dorang mampus..haaaa...amik.

sitilina said...

i agree.

sifat anak2 bergantung pada didikan & kawalan mak bapak cemana. even masuk skolah dah campo mcm2 orang tp kalo nmak bapak still kontrol mcm benda2 like moto, keta, curfew ke, anak2 punye mindset tu xkan jd lepas bebas.

masalahnya mindset makbapak jugak.. xmo hampakan anak2.

Helena said...

minah songeh, I have been wondering, helmet for kids tu, betul2 ada safety features ke? Or os it helmet mainan aje? Few yrs ago I read pasal there is not children's helmet in the market.

Masa pergi clinic few days back, I keluar dari clinic to walk to my car. Ada these 2 boys on the bile lalu depan i, tengah buat stunt. Roda depan naik almost 45 degrees. Helena saja cakap "MasyaAllah!" kuat2. BUdak tu, I guess baru 10-11 tahun jawab, "ala tak apa, jatuh depan clinic takde hal punya.... "

When I drove off, I can see the kids who are now kat jalan besar, still doing their stunts. Mmm... tgh prepare nak jadi mat rempit ke... hope not.

Helena said...

Hi OD, thx for dropping by.

Yela kadang2 kita as parents tak sedar yg kita ni seperti di tarik hidung oleh mereka. But then u are right, budak2 sekarang ni mmg pandai berlakon, depan parents baik yang amat. Ngan kawan2 macam pelesit.

Helena akui susah nak monitor budak2 esp bila mereka dah in their teens. Tapi to me ada basic things yg kita boleh monitor.

Helena said...

rose, Helena pernah tegur budak2 ni. In the end my car kena calar..... sob... sob....

Helena said...

kak lady, a teacher friend did tell me, kat sekolah dia, selalu buat spot check, sapa yg bawak motor kena tunjuk lesen. Dia kata selalu jugak parents marah2, they say they as parents consented anak2 bawak motor pergi sekolah (without license) so kenapa pihak sekolah nak busy body.

Helena said...

kak luna, hehe..... mmg sakit hati kan. esp sebab perbuatan mereke ni endangers anak2 kita jugak.

Helena said...

sitilina, hey thx for dropping by. Yup, u are right, bila ibubapa dah buat tak kisah.... anak2 buat crime camni pun takde rasa guilty secubit pun kan?

Sememangnya friends play a part in influencing anak2 kita. Tugas kita juga monitor siapa kawan2 anak2 kita.